
SEREMBAN: Pemuda Amanah mahu pucuk pimpinan parti mengutamakan kerusi ‘gred A’ atau kerusi ‘boleh menang’ diberikan kepada sayap itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Ketuanya Mohd Hasbie Muda berkata, sayap itu menuntut agar kerusi yang diagih perlulah setanding dengan kerusi diberikan kepada rakan politik lain iaitu bersifat boleh menang.
“Ada rakan sebut kekecewaan, parti lebih mudah melepaskan kerusi gred A kepada rakan, kepada sayap pemuda sendiri kerusi ‘national service’ sahaja diberikan. Jadi Pemuda nak kerusi yang sama.
“Ada kepimpinan Pemuda kena ‘tebas lalang’ dulu (kalau nak bertanding), kawan-kawan (rakan politik) terus masuk je, tak payah tebas lalang, ini kita rasa pelik sikit,” katanya ketika menyampaikan pidato pada Konvensyen Pemuda Amanah Nasional sempena…