
PETALING JAYA: Pengerusi MIC Kuala Lumpur S Rajah hari ini membuat laporan polis terhadap calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Batu P Prabakaran berhubung dakwaan bahawa beliau (Prabakaran) ditawarkan RM10 juta untuk lompat parti dan menyertai MIC.
Rajah berkata laporan polis berkenaan dibuat bagi menegaskan bahawa tiada sesiapa pun daripada MIC pernah menawarkan RM10 juta kepada Prabakaran dan dakwaan yang dibuat calon PH itu pada sesi ceramah baru-baru ini berbaur fitnah terhadap MIC.
“Itu adalah satu fitnah, tohmahan yang sama sekali tidak masuk akal. Bagi saya ini menunjukkan dia (Prabakaran) sudah tidak mempunyai modal untuk berkempen,” katanya menurut laporan Bernama.
Bagaimanapun, Rajah berkata beliau sedia membatalkan laporan berkenaan sekiranya Prabakaran membuat permohonan maaf dan menarik semula kenyataan…