
KUALA LUMPUR: Bilangan calon yang mempunyai pertalian keluarga begitu signifikan dalam ‘DNA’ pilihan raya umum Ke-15 (PRU15) apabila sekurang-kurangnya tujuh keluarga didapati bertanding merebut kerusi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.
Pakatan Harapan (PH) iaitu keluarga Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Karpal Singh sekali lagi meneruskan tradisi dengan meletakkan calon keturunan masing-masing untuk bertanding dalam gelanggang pilihan raya kali ini.
Seperti yang dijangka, tiga beranak iaitu Presiden PKR, Anwar Ibrahim tampil untuk merebut kerusi Parlimen Tambun serta isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail (Bandar Tun Razak) dan anak Nurul Izzah Anwar di Parlimen Permatang Pauh.
Kerusi Permatang Pauh merupakan kubu kuat PKR dan disifatkan kerusi tradisi keluarga Anwar selepas beliau dan isterinya yang merupakan Pengerusi Penasihat PKR memegang kerusi…