
KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) menafikan kenyataan yang tular di media sosial kononnya Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Zamrose Mohd Zain membenarkan Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein untuk berkempen di mana-mana kem tentera darat.
TDM menjelaskan kenyataan PTD telah dimanipulasi oleh pihak berkepentingan dan berupaya menjejaskan imejnya.
“Dalam artikel bertarikh 6 Nov 22, memetik kenyataan ‘Anggota Tentera Diingat Tidak Terbabit Secara Langsung Kempen PRU15’ telah dimanipulasi dengan kenyataan berikut ‘tetapi saya benarkan mantan menteri pertahanan masuk berkempen di dalam mana-mana kem tentera darat dia bertanding’.
“Kenyataan ini telah tersebar di aplikasi WhatsApp, adalah tidak wajar kerana disifatkan menyebarkan berita palsu. TDM memandang serius isu…