Hot FM

PRU15: Umno Sabak Bernam sokong Ismail calon tunggal PM



Umno Sabak Bernam menjadi bahagian kedua selepas Ketereh menamakan Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri ke-10.

PETALING JAYA: Selepas Ketereh, kini giliran Umno Sabak Bernam menyokong keputusan Majlis Kerja Tertinggi menamakan Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri ke-10 selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ketuanya, Abd Rahman Bakri memaklumkan perkara itu selepas mendapat sokongan sebulat suara perwakilan menghadiri mesyuarat bahagian hari ini.

“Umno Sabak Bernam menyokong solidariti kepimpinan Presiden Ahmad Zahid Hamidi bersama naib presiden yang merupakan perdana menteri, kami juga menyokong sebulat suara atas keputusan MKT mencalonkan hanya Ismail sebagai calon perdana menteri daripada BN selepas PRU15,” katanya ketika berucap di perasmian mesyuarat bahagian itu hari ini.

Hadir sama ketua-ketua parti komponen Barisan Nasional (BN).

Rahman berkata, beliau…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version