
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) dan Umno kini berada dalam “mode survival” dan bersiap-sedia untuk PRU16 selepas kalah teruk pada PRU15 November tahun lalu, kata Mohamad Hasan.
Beliau berkata, Umno dan BN yang “lemas ketika itu memerlukan rakan untuk timbul kembali” bagi membina kekuatan parti.
“Matlamat utama kita selewat-selewatnya Mei 2027 kita perlu adakan PRU16. Di situ nanti nilai diri kita, sama ada dah kuat sangat, boleh berdiri sendiri, perlu rakan atau tidak, nilai ketika itu, jangan asyik menilai sekarang, memang kita tak kuat.
“Kita perlu rakan, kita dah lemas, timbulkan dulu ke permukaan air, tengok pulau mana paling dekat berenanglah ke situ dulu. Naikkan dulu, keringkan badan, esok baru cakap hala tuju, (sekarang) dah lemas hala tuju apa.
“Orang lemas ada hidup dan mati. Kita dalam ‘mode survival’. Esok dah…
