

Keputusan sama ada PRU16 diadakan serentak dengan PRN Melaka dan Johor bergantung sepenuhnya kepada situasi politik semasa dan perkenan Raja-Raja serta Yang Dipertua Negeri, kata Presiden Umno Zahid Hamidi.
“Bagi saya perkara ini tertakluk kepada persetujuan Raja-Raja dan Tuan Yang Terutama atas nasihat menteri besar atau ketua menteri yang mempunyai kuasa untuk pembubaran, selain soal ‘timing’ dan kesesuaian waktu,” katanya lapor Bernama.
Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata pihaknya juga melihat dana diperlukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggadakan pilihan raya secara berasingan.
“Kosnya terlalu tinggi (pilihan raya berasingan) dan kalau diadakan serentak pun kos yang sama dibelanjakan,” katanya.
Mengulas persiapan Umno dan Barisan Nasional (BN), Zahid berkata jentera parti itu kini bersiap…