
PRU16 bakal menguji kesepakatan parti-parti di Sabah, sekalipun model parti tempatan menerajui kerajaan dengan sokongan ‘rakan nasional’ dikatakan formula kerjasama paling sesuai.
Seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) percaya rakyat Sabah akan nampak keberhasilan kerjasama antara parti tempatan dan ‘rakan nasional’, penganalisis bagaimanapun memberi amaran perebutan kerusi Parlimen mengundang risiko perpecahan.
“Jika parti nasional kekal ‘rigid’ (keras kepala) dengan tuntutan kerusi, ia berisiko mencetuskan perpecahan dalaman dan melemahkan peluang gabungan mengekalkan kerajaan perpaduan selepas PRU16,” kata Syahruddin Awang Ahmad dari Universiti Malaysia Sabah.
Baru-baru ini, Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah, Nizam Abu Bakar Titingan, berkata Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijangka bekerjasama dengan parti-parti…