Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Disebalik kekalahan skuad Harimau Malaya kepada Bahrain dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2023 semalam, isu padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.
Imej Malaysia sebagai tuan rumah tercalar apabila keadaan padang bertukar menjadi lebih teruk akibat hujan lebat yang turun lebih dua jam sebelum perlawanan bermula.
Malah, para petugas terpaksa menggunakan penyodok atau kertas kadbod untuk membuang air sekaligus mencetus pelbagai persoalan dalam kalangan penyokong.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Mohd Faidz Sanusi dalam satu kenyataan rasmi menjelaskan tindakan menggunakan ‘penyodok sampah’ tersebut adalah tidak wajar kerana mengakibatkan padang menjadi rosak.
Beliau berkata, PSM sudah mencadangkan supaya perlawanan pada malam tadi dilewatkan untuk tempoh…