
(Gambar PTPTN)
PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat julung kalinya menganjurkan program pembersihan pantai di Pantai Cherating, Pahang, hari ini, dengan kerjasama Royale Chulan Hotels & Resorts Malaysia, sebagai sebahagian komitmennya terhadap usaha memulihara alam sekitar.
Program sehari yang merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) perbadanan itu melibatkan 150 orang peserta, terdiri daripada penuntut Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Unipsas) dan Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas), Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (Hawa), wakil Majlis Bandaraya Kuantan, para pegawai PTPTN serta rakan-rakan media.
Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul…