
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bekerjasama melaksanakan Program Permata Kasih (PEKA) Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).
Program itu disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dalam satu majlis di Kangar hari ini.
Menerusi program ini, sumbangan berjumlah RM400,000 disampaikan MAIPs melalui PTPTN dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime kepada 2,000 orang anak asnaf kelahiran baharu di Perlis mulai 1 April 2025.
Setiap anak asnaf yang layak akan menerima RM200 dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime yang menjadi permulaan simpanan pendidikan bagi masa depan mereka.
Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata PTPTN sentiasa berusaha…