Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

PU Syed Beri Teguran Terhadap Zarina Anjoulie, Hot Daddy

today21 August 2025

Background

Pendakwah bebas, PU Syed lantang menyuarakan pendapatnya berkenaan isu kontroversi melibatkan pelakon Zarina Anjoulie bersama individu lelaki yang dikenali sebagai Hot Daddy.

Menurut PU Syed atau nama lengkapnya, Syed Mohd Bakri Syed Ishak, tindakan Zarina atau lebih mesra disapa Anju itu seakan bertujuan mempromosikan maksiat kepada masyarakat.

“Artis-artis yang selalu buat onar dalam negara atau di luar negara ni kadang-kadang perlu di hukum dengan dipenjarakan atas perbuatan mereka berbangga  kerana menayang perbuatan mungkar mereka di sosial media.

“Pelakon ini pernah saya tegur, terutama semasa PKP dulu. Ingatan kepada beliau dan manusia-manusia yang sewaktu dengannya.

“Kalian tidak perlulah mempromosikan maksiat kepada masyarakat kerana perbuatan ini dilarang tegas dalam agama,” katanya.

Dalam pada itu, PU Syed menegaskan tindakan memuat naik foto berpelukan bersama lelaki yang pernah terpalit dengan isu video tidak senonoh adalah sesuatu yang ditegah dalam Islam, lebih-lebih lagi apabila lelaki tersebut bukan mahramnya.

“Perbuatan memuat naik gambar berpelukkan bersama dengan seorang lelaki yang sebelum ini aktif membuat video-video porno adalah satu yang tidak bagus.

“Tidak bagus asbab bukan mahram, kena ada batas halal dan haram. Perbuatan ini sangat jelek dan amat dilarang dalam agama.

Mohon pihak berautoriti untuk respon tentang perkara ini, semakin dibiar semakin parah,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYED MOHD BAKRI SYED ISHAK BENYAHYA (@pusyed_official)

Sebelum ini, tindakan Anju berkongsi foto dan video bersama Hot Daddy menyorot perhatian ramai terutamanya apabila dia bertindak mengajak orang ramai melanggan saluran Telegram miliknya.

Dalam masa sama, Anju turut membuka peluang kepada pengikut untuk menyertai kumpulan ‘close friends’ di Instagram dengan bayaran sebanyak RM1,000.

Untuk rekod, Hot Daddy pernah dituduh pada tahun 2024 atas kesalahan mengiklankan perkhidmatan persundalan di platform X serta menjual rakaman video tidak bermoral.

Bagaimanapun, pada Disember 2024, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas tanpa bebas (DNAA) Hot Daddy bersama dua lagi rakannya berhubung kes berkenaan.

Written by: Salma


Previous post