Bekas Ahli Parlimen Damansara itu bercakap di atas kapasiti individu dan tidak sama sekali mewakili kepimpinan parti.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata Tony Pua tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan menyerang rakan gabungan kerajaan, Barisan Nasional (BN) dan Umno yang dilabel olehnya sebagai “pakatan korup”.
Merujuk ucapan Pua dalam satu majlis malam tadi, Loke berkata bekas Ahli Parlimen Damansara itu bercakap di atas kapasiti individu dan tidak sama sekali mewakili kepimpinan parti.
Tegasnya, ucapan berunsur serangan terhadap parti sekutu tidak seharusnya dikeluarkan kerana pucuk pimpinan telah memutuskan kerjasama dengan gabungan politik lain demi kestabilan politik.
“Sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan dalam kerajaan perpaduan adalah tidak selari dengan pendirian dan hala tuju parti pada masa kini,” katanya dalam…