Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Puad dilantik timbalan pengerusi tetap Umno

today13 January 2023

Background



Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi dilantik sebagai timbalan pengerusi tetap parti.

PETALING JAYA: Umno meluluskan usul melantik Puad Zarkashi sebagai timbalan pengerusi tetap Umno, berkuat kuasa serta-merta.

Usul dikemukakan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan itu diluluskan sebulat suara pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Pelantikan berkenaan dibuat bagi menggantikan Rizuan Abd Hamid yang meninggal dunia, pada 20 Mei lalu.

Rizuan yang juga ketua Umno Bahagian Kepong meninggal selepas disahkan dijangkiti Covid-19.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post