
KUALA LUMPUR: Puad Zarkashi gagal dalam usaha mengetepikan injunksi terhadapnya dalam saman fitnah oleh Muhyiddin Yassin.
Puad, yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, disaman oleh Muhyiddin berhubung satu catatan Facebook yang dikatakan memberi gambaran bahawa bekas Perdana Menteri itu enggan menjalani kuarantin 10 hari sebaik pulang daripada lawatan rasmi ke Indonesia pada 5 Feb.
Pejabat Perdana Menteri ketika itu berkata, Muhyiddin dikehendaki menjalani kuarantin di rumah, termasuk perlu memakai gelang kuarantin Covid-19.
Susulan itu, Muhyiddin mengambil tindakan undang-undang terhadap Puad dan mendapatkan injunksi sementara menuntut catatan Facebook Puad itu dipadam.
Hari ini, hakim Mahkamah Tinggi Mohd Firuz Jaffril menolak permohonan…