
PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi sangsi keupayaan Isham Jalil memperjuangkan penyatuan orang Melayu, sambil mendakwa beliau tidak mempunyai semangat kerja berpasukan.
“Dia mahu meneruskan penyatuan ummah. Bolehkah buat kerja solo? Kalau kerja berjemaah pun tak boleh, bagaimana ummah boleh bersatu?
“Kalau rasa dia sahaja yang betul, buat ‘team’ sendiri. Boleh lihat ada tak pengikut pada pemain solo tidak berdisiplin,” katanya dalam catatan di Facebook.
Puad berkata, hanya “selesa bermain solo” antara kelemahan bekas ahli MKT Umno dalam karier politiknya.
“Sehebat Ronaldo, dia tidak ke mana kalau main solo. Ingkar arahan kapten dan jurulatih. Pasukan pun disalahkan apabila kalah.
“Pemain tidak berdisiplin bukan sahaja patut dikeluarkan tetapi dipecat. Itu yang Isham patut faham,” katanya.
Semalam, Isham yang dipecat minggu lalu mendakwa…