Susulan kes eksploitasi kanak-kanak, penyanyi Baby Shima menzahirkan rasa terima kasihnya kepada pihak polis kerana berjaya memberkas dan mendedahkan modus operandi yang dilakukan di rumah amal dikaitkan ‘Global Ikhwan Service and Business Holding’ (GISBH).
Menurut pemilik nama penuh Nor Ashima Ramli, 31, tindakan pihak polis itu berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak lelaki dan perempuan daripada terus menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.
“Agama diseleweng, lebih 400 kanak-kanak telah diliwat dan diajar meliwat.
“Terima kasih pihak polis kerana telah bertindak,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Stories, Baby Shima seakan memerli puak yang seringkali mengecam tindakannya sebelum ini kerana ‘bisu’ mengenai isu tersebut.
“Sementara itu puak yang terpaling tegur kalau isu saya atau artis terus sunyi sepi dan masih di dalam gua,” kongsinya.

Terdahulu, nama Baby Shima menjadi topik perbualan hangat apabila sering tampil dengan pakaian seksi dan mencolok mata didepan khalayak.
ARTIKEL BERKAITAN: Masih Buat Video Menari Gelek, Baby Shima Kalis Kecaman – “Masih Happy Walau Kena Kecam Selalu”