Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Pujukan’ Fadhli bukti PAS terdesak pertahan Sg Bakap, kata pemimpin Umno

today30 June 2024

Background


Sharkar dan Nur Jazlan-
Pemimpin Umno Mohd Sharkar Shamsudin dan Nur Jazlan Mohamed senada Ahmad Fadhli Shaari terdesak mendapat sokongan ahli Umno untuk menang PRK Sungai Bakap.

PETALING JAYA: Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari disifatkan terdesak apabila ‘memujuk’ ahli Umno menyokong Perikatan Nasional (PN) termasuk pada PRK Sungai Bakap, dengan alasan untuk menyelamatkan parti itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Sharkar Shamsudin, berkata Fadhli cuba bermain psikologi yang mungkin dilakukannya untuk mempengaruhi pengundi kerana tertekan mempertahankan kerusi itu.

“Ini semua taktik lama. Taktik ‘reverse’ psikologi.

“Logiknya teori wakil PAS ini menunjukkan (parti itu) terdesak (dan) bimbang kerajaan perpaduan iaitu calon PKR menang. Itu sahaja,” katanya kepada FMT.

Fadhli dalam siri ceramah PRK Sungai Bakap malam tadi membuat gesaan itu dan turut mendakwa Umno tidak akan bangkit selagi berada dalam kerajaan perpaduan.

Dakwanya, ini kerana pemimpin Pakatan Harapan (PH)…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Mohamad Fadli


Previous post

Sukan

Gol pertama lonjak semangat Hasbullah

Alor Setar: Pemain tengah Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Hasbullah Abu Bakar tidak menjangkakan peluang diberikan ketua jurulatih, Nafuzi Zain untuk menurunkannya sebagai pemain gantian pada aksi suku akhir pertama Piala FA memberi rezeki berganda buatnya dan pasukan.

today30 June 2024