Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Pukau Penonton Di Vietnam, Netizen Anggap Wani Kayrie Underrated Talented Singer

today18 January 2024

Background

Penyanyi Wany Kayrie mencuri tumpuan warganet di media sosial baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, tular sebuah rakaman video yang memaparkan persembahan Wany Kayrie di pentas Anugerah Asian Television ke-28 di Vietnam.

Video berdurasi lebih 1 minit itu menyaksikan Wany muncul di atas pentas dengan menyanyikan lagu Bang Bang nyanyian asal Jessie J, Ariana Grande & Nicki Minaj.

Tampil dengan busana serba hitam, Wany menyampaikan lagu tersebut dengan baik sekali gus memukau penonton.

“Representing Malaysia,” tulis Wany bangga.

Difahamkan Wany turut mendendangkan lagu hitsnya iaitu Fajar dan Kamu Kamu pada hari kedua anugerah tersebut.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet tampil memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Rata-ratanya meluahkan rasa bangga dan memuji Wany yang mewakili negara pada acara berprestij itu.

Tidak kurang juga, ada yang berharap bakat pelantun lagu Kamu Kamu itu terus bersinar dan dihargai di Malaysia.

Wany Kayrie Wany Kayrie Wany Kayrie Wany Kayrie

Written by: Aqilah


Previous post