Site icon Hot FM

Pukul anak tiri gagal jawab soalan matematik, lelaki didenda RM10,000


Hakim turut mengenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun kepada tertuduh, selain khidmat kaunseling keibubapaan dan khidmat masyarakat selama 200 jam.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen mendenda seorang peniaga nasi lemak RM10,000, kerana memukul anak tirinya berusia enam tahun dengan rotan sehingga cedera hanya kerana gagal menjawab soalan matematik.

Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu, selepas lelaki 38 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan, jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut mengenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun tanpa cagaran terhadap tertuduh, selain menjalani khidmat kaunseling keibubapaan anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta khidmat masyarakat selama 200 jam untuk disempurnakan dalam tempoh enam bulan bermula hari ini.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh dan isterinya yang berkahwin pada 2020 berniaga nasi lemak dan mangsa bangun seawal 5 pagi setiap hari…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version