
IPOH: Polis menahan empat lelaki warga Pakistan kerana memukul pemandu kereta susulan kemalangan jalan raya yang menyebabkan tiga rakan senegara mereka maut di Kilometer 16, Jalan Teluk Intan-Bidor, Teluk Intan, semalam.
Ketua Polis Hilir Perak, Ahmad Adnan Basri, berkata empat individu berkenaan ditahan pada 4.20 petang tadi selepas polis mengenal pasti suspek menerusi video tular di laman sosial, melibatkan pemandu kereta dan empat lelaki tersebut.
Hasil siasatan mendapati kejadian memukul pemandu itu berlaku sebaik sahaja selepas nahas 8.10 pagi itu.
Pemandu berusia 36 tahun didapati positif ganja membuat laporan polis berkenaan insiden dia dipukul, pada kira-kira 1 tengah hari tadi.
Ahmad berkata tiada kecederaan serius dialami pemandu kereta terbabit melainkan luka di bahagian kepala.
“Kes memukul ini dibuka siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta…