
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia memohon untuk membatalkan saman yang difailkan seorang individu berhubung penarikan balik semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Hague, Belanda berkaitan tuntutan Pulau Batu Puteh.
Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly yang mewakili Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia selaku defendan berkata, permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini semalam.
“Semasa pengurusan kes hari ini secara dalam talian di hadapan Penolong Pendaftar Haslinda A Raof, mahkamah menetapkan 15 Mac untuk pengurusan kes selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Peguam Mohaji Selamat yang mewakili Mohd Hatta Sanuri selaku plaintif,…