
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Chow Kon Yeow menafikan laporan media tempatan yang mendakwa fi hotel di Pulau Pinang akan dinaikkan sehingga 50% pada tahun ini.
Beliau berkata pihaknya tiada sebarang perancangan atau mengadakan perbincangan berhubung cadangan untuk menaikkan kadar bayaran untuk fi hotel.
“Hasil kutipan fi bagi penginapan hotel di negeri ini tidak mencukupi untuk melaksanakan promosi-promosi serta membaik pulih infrastruktur berkaitan pelancongan.
“Namun, kerajaan negeri tetap tidak memilih untuk menaikkan fi hotel seperti yang didakwa sesetengah pihak, malah kita tidak pernah berbincang mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pos Shop Datuk Keramat.
Sebelum ini, portal media tempatan melaporkan Pulau Pinang mempertimbangkan untuk menaikkan fi hotel, cukai yang dikenakan oleh Majlis…