Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Punca Bukan Covid-19, Tapi..” – Mafarikha Mohon Doa Prosedur Tebuk Tulang Rusuk Kanan Berjalan Lancar

today28 October 2022

Background

Selepas dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 tahap lima pada Isnin, penyanyi Mafarikha berkongsi perkembangan dirinya yang sudah memasuki hari keempat dalam pemerhatian pihak hospital.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Mafa memberitahu dia akan menjalani prosedur untuk menebuk tulang rusuk kanan atas saranan pihak hospital.

“Disebabkan kandungan liquid dalam paru-paru kanan sekejap stabil dan tidak. Hospital cadang untuk tebuk tulang rusuk kanan sebab nak check sama ada liquid yang stuck itu jenis lendir, darah atau air.

“Punca sebab rasanya bukan Covid tapi mungkin TB. Insya-Allah prosedur mungkin petang ini dalam keadaan separuh sedar,” kongsi Mafa.

Pelantun lagu Angin ini berharap prosedur tersebut berjalan lancar dan dapat menahan kesakitan sepanjang prosedur itu berlangsung.

“Dia akan buse dan guna alatan baru. Boleh ada possibilities untuk terkena paru-paru but let’s hope not.

“Kita nak tengok liquid jenis apa dan buang sahaja, hopefully berjalan lancar ya. Hopefully semua smooth and bearable pain ya. Amin,” tulisnya.

Pada Isnin, Mafarikha dimasukkan ke hospital sejurus tiba di Malaysia selepas pulang berbulan madu bersama suami di Istanbul, Turkiye.

ARTIKEL BERKAITAN: “3 Hari Terakhir Di Istanbul, Saya Alami…” – Mafarikha Dijangkiti Covid-19 Tahap 5

Written by: Aqilah


Previous post