Pada 2 December yang lalu, hantaran yang dimuat naik pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson mengejutkan ramai apabila berkongsi dua foto menampakkan matanya yang lebam.
Namun, dia tidak menyatakan lebih terperinci tentang apa yang berlaku. Zahnita berkata, seboleh-bolehnya dia enggan membuka pekung di dada, namun keadaan memaksa untuknya berbuat demikian.
“Saya tidak mahu melakukan ini (kongsi foto), tetapi saya terpaksa. Ini menjadi punca kenapa saya tinggalkan rumah lama serta menjadi sebab saya selalu pakai cermin mata hitam,” tulisnya.
Susulan pendedahan dibuat pelakon Kuliah Cinta itu, ramai pengikut termasuk rakan selebriti meluahkan simpati dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku terhadap model berwajah Pan Asian itu.