
Seorang ahli politik menggesa Petronas dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) memupuk semula rasa saling mempercayai susulan pendakwaan seorang bekas pengurus syarikat minyak negara atas tuduhan membocorkan maklumat sulit kepada syarikat Sarawak itu.
Jumaat lalu, Khairul Akmal Jasni, 40, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan cuba membocorkan kepada Petros suatu dokumen perniagaan diperoleh semasa menjalankan tugasnya, pada Jun 2024.
“Sekiranya dakwaan pengintipan korporat ini berasas, ada sebab untuk percaya ia akan memburukkan rasa saling tidak percaya sedia ada dalam rundingan yang berkepentingan tinggi (antara kedua-dua syarikat),” kata ketua Bersatu Sarawak Jaziri Alkaf Abdillah Suffian kepada FMT.
Jaziri berkata proses undang-undang yang menganggap seseorang…