Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pusat peranginan markas sindiket penipuan dalam talian

today12 January 2023

Background



Jabatan Imigresen menyerbu tiga pusat peranginan di Langkawi dan menahan 164 individu termasuk 30 warga asing dipercayai anggota sindiket penipuan dalam talian. (Gambar Bernama)

LANGKAWI: Jabatan Imigresen menahan 164 individu termasuk 30 warga asing yang dipercayai terlibat dengan sindiket penipuan dalam talian menerusi serbuan di tiga pusat peranginan di sini hari ini.

Kesemua mereka berusia lingkungan 18 hingga 35 tahun dengan warga asing itu terdiri daripada 27 warga China, dua Thailand dan seorang Myanmar.

Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud berkata operasi dilakukan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Putrajaya secara serentak kira-kira 12 tengah hari selepas bertindak hasil maklumat pemimpin tempatan dan masyarakat setempat.

“Hasil risikan selama enam bulan, Jabatan Imigresen berjaya mengesan kegiatan sindiket berkenaan yang beroperasi di pusat-pusat peranginan yang masih belum dibuka kepada orang ramai selepas tempoh Perintah Kawalan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post