
ALOR SETAR: Kerajaan persekutuan tidak mempunyai halangan meluluskan pelaksanaan projek berimpak tinggi, Kedah Aerotropolis, merangkumi pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) di Mukim Sidam Kiri, daerah Kuala Muda.
Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor, berkata ini kerana, projek berkenaan membabitkan inisiatif pembiayaan swasta dengan diuruskan KXP AirportCity Holdings Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).
Katanya, agensi itu yang bertanggungjawab mengendalikan pembangunan projek itu hampir menyiapkan konsep dan reka bentuknya sebelum dibentang untuk kelulusan kerajaan persekutuan.
“Saya telah menulis kepada Perdana Menteri (Ismail Sabri Yaakob) dan beliau secara dasarnya bersetuju kerana projek ini adalah PFI (private finance…