RIYADH: Putera mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed Salman menyatakan hasrat mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia menjelang akhir tahun ini.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas putera mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain termasuk perdana menteri Mesir, Jordan dan Pakistan di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF), semalam.
“Putera Mohammed telah menyebut bahawa beliau akan cuba untuk melawat Malaysia sebelum akhir tahun ini, (tarikh) belum muktamad lagi,” katanya.
Anwar berkata, selain mengukuhkan hubungan dua hala Putrajaya-Riyadh, Putera Mohammed menekankan agar Arab Saudi memberi tumpuan kepada pelaburan skala besar di Malaysia.
“Saya lihat beliau bersungguh-sungguh mahu supaya Malaysia diberi tumpuan dan dalam…