Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Putera mahkota Saudi terima menghadap Anwar

today21 October 2023

Background


Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed Salman bersalaman bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa menghadiri Sidang Kemuncak sulung pemimpin Asean-Majlis Kerjasama Teluk . (Gambar Bernama)

RIYADH: Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed Salman berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Istana Al-Yamamah di sini pada Sabtu.

Pertemuan rasmi empat mata itu adalah atas jemputan peribadi baginda kepada Anwar, selepas Arab Saudi menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Pertama Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di ibu negara ini pada Jumaat.

Mohammed dan Anwar membincangkan mengenai perang Palestin dan Israel yang berlanjutan sehingga kini setelah tercetus semula pada 7 Okt.

Pada sidang kemuncak itu, Mohammed dan Anwar senada dalam membangkitkan kebimbangan mereka berhubung kezaliman dan penindasan Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza.

Pada pertemuan hari ini, kedua-dua pemimpin berkenaan turut membincangkan beberapa isu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post