Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Puteri Balqis Enggan Review Produk Besarkan Pay*dara – “Saya Bawah Umur…”

today23 November 2022

Background

Pelakon Puteri Balqish tampil memohon maaf kerana terpaksa menolak beberapa tawaran yang dianggap tidak bersesuaian dengannya.

Menurut Puteri Balqish atau lebih mesra dengan panggilan Aqish, 15, selain produk yang tidak bersesuaian, dia juga terpaksa menolak reviu berkaitan promosi jamu, pemutih kulit dan krim payudara serta punggung memandangkan dia masih dibawah umur.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Aqish menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Stories (IGS) miliknya baru-baru ini.

“Ubat anti kemurungan dan ubat tidur yang Aqish sedang ambil sekarang dosnya agak tinggi dan kuat.

“Pengurus Aqish kena pastikan produk reviu yang diambil adalah sesuai sebelum  Aqish bersetuju.

“Jadi Aqish minta maaf jika ada reviu yang terpaksa ditolak sebab ia kurang sesuai untuk saya lakukan,” tulisnya.

Memetik laporan Mstar,  Aqish juga berkongsi dia tidak mahu memberikan reviu terhadap produk-produk tersebut memandangkan dia tidak mahu ada isu lain yang timbul selain tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap produk sedemikian dan tidak mahu memberikan maklumat yang salah kepada pengguna.

“Aqish rasa produk pemutihan kulit tidak sesuai kerana saya kurang pengetahuan dan tidak mahu menyampaikan maklumat yang salah.

“Tentang produk jamu dan krim payudara serta punggung itu, saya terpaksa tolak sebab saya dibawah umur lagipun saya tidak mahu timbulkan apa-apa isu.

“Bagi produk makanan pula, Aqish terpaksa pilih dan pertimbangkan kerana ada dianataranya beri kesan negatif terhadap badan Aqish. Samapi muntah dan demam,” jelasnya.

 

Sumber: Mstar

Written by: Aqilah