Sedar dengan kontroversi yang melanda sejak kebelakangan ini, pelakon berbakat, Puteri Balqis Azizi, 19, menyeru individu yang pernah melalui pengalaman dibuli agar tidak terus berdiam diri.
Menurut Balqis atau lebih mesra disapa Aqish, mangsa buli perlu berani bangkit mempertahankan diri supaya tidak terus menjadi sasaran keganasan emosi dan mental.
“Kecewa. Untuk semua penyokong dan sahabat-sahabat saya, jika hidup kalian ada persamaan dengan kami, terus melangkah.
“Jika kalian dibuli seperti saya dan ibu saya, lawan, jangan mudah dijadikan kambing hitam,” katanya dalam sebuah hantaran di Instagram.
View this post on Instagram
Dalam perkongsian sama, pelakon drama Keluarga Itu itu turut menekankan kepentingan memilih sahabat yang tepat demi kesejahteraan hidup pada masa hadapan.
“Untuk rakan baik saya, pilih sahabat walau tidak ramai. Tak ramai bukan bererti kita suka bermusuh. Kita pilih.
“Terima kasih atas pendapat dan sokongan yang bermakna yang kalian berikan kepada saya. Yang dibuli kekal menderita. Si pembuli riang ketawa,” jelasnya.
Sebelum ini, nama Puteri Balqis menyorot perhatian ramai selepas dia memuat naik hantaran mencabar rakan selebriti, Mia Sarah Nasuha, untuk tampil bersemuka susulan beberapa dakwaan fitnah yang dibuat secara terbuka.
Balqis turut menyelar tindakan Mia yang didakwa cuba meraih simpati dengan mengalirkan air mata ketika ditemu bual pengamal media dalam satu sesi temu ramah baru-baru ini.
Tidak habis disitu, aktres berkenaan mendakwa pihak pengurusan serta rakan artis terbabit pernah menghina dan cuba memperdaya ibunya menerusi tawaran pekerjaan palsu.
Malah, Balqis turut membuat dakwaan serius apabila menyebut individu berkenaan terlibat dengan aktiviti tidak bermoral termasuk kerap berkunjung ke kelab malam, menggugurkan kandungan dan mengambil bahan terlarang.
ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Guna Agama Nak Tunjuk Baik” – Puteri Balqis Bidas Kenyataan Daler Yusof, Pertahan Ayah Tiri
ARTIKEL BERKAITAN:“Dulu Kau Kutuk Mak Dia Tak Didik Anak, Ni Gelabah Nangis Depan Kamera Tak Dapat Offer Berlakon”- Ayah Tiri Puteri Balqis
ARTIKEL BERKAITAN:“Kami Diam Bertahun, Kau Ingat Aku Lupa?” – Puteri Balqis Akhirnya Bersuara, Dakwa Difitnah & Diperangkap Mia Sara
ARTIKEL BERKAITAN:Puteri Balqis Dakwa Jadi Mangsa Buli Mia Sara, Rykarl Iskandar – “Saya Pernah Ditolak, Beg Buruk & Solekan Diketawakan…”
ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Puteri Balqis ‘Buka Mulut’, Dakwa Janna Nick Tiada Empati – “Ini Bukan Neutral, Tapi Backhanded!”