Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Puteri Sarah Bangga Dapat Beli Kereta Mewah – “Selepas 5 Tahun Jadi Suri Rumah, Saya Bangkit Kembali…”

today29 July 2022

Background

Meskipun berhadapan dengan kemelut rumah tangga bersama pengarah tersohor Syamsul Yusof, pelakon Puteri Sarah Liyana berbangga dengan pencapaian dirinya apabila mampu membeli kereta mewah jenama Mercedez Benz A-Class yang dianggarkan bernilai RM250,000.

Perkara itu dikongsi Puteri Sarah menerusi hantaran di Instagram Stories miliknya pada Khamis.

“Alhamdulillah, selepas lima tahun menjadi suri rumah, saya bangkit dengan kembali bekerja. Sepanjang tahun lalu saya aktif semula berlakon dan membuat beberapa perniagaan. Hasil titik peluh itu dapatlah saya membeli kereta idaman sendiri,” katanya.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, bersyukur kerana dapat berkongsi momen gembira itu bersama dua anaknya Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Menurutnya, walaupun ia hanyalah kereta Mercedez Benz, namun ia cukup memberikan makna buat dirinya sekaligus menepis dakwaan warganet yang mengatakan dirinya hanya bergantung kepada kekayaan suami.

“Mungkin orang melihat ia biasa, tapi bagi saya ia cukup bermakna. Saya mahu buktikan pada orang ramai yang selama ini selalu bercakap saya hanya bergantung harap dengan duit suami.

“Apabila saya membeli kereta ini dengan hasil usaha dan kerja keras sendiri, rasa terharu dan sebak dibuatnya. Tidak menjangka juga saya boleh sampai ke tahap ini. Terima kasih keluarga, kedua ibu bapa dan mentua serta anak-anak,” jelasnya.

Berkongsi mengenai kerja kerasnya selama ini, Puteri Sarah mengakui sokongan dan dorongan yang diberikan oleh bapa mertuanya yang juga pengarah popular, Datuk Yusof Haslam adalah kunci untuk dirinya terus bangkit.

Terdahulu, Puteri Sarah turut mengucapkan tahniah buat suaminya, Syamsul Yusof selepas filem arahannya Mat Kilau berjaya mencecah kutipan RM90 juta dalam tempoh 33 hari tayangan filem tersebut.

 

Sumber: Harian Metro

Written by: Aqilah