Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana enggan dikaitkan lagi dengan bekas suaminya, pengarah dan aktor sensasi, Syamsul Yusof.
Menjawab usikan netizen yang berharap dia dan Syamsul ada ruang untuk rujuk kembali, Puteri Sarah menegaskan hubungannya dengan selebriti itu cukup sekadar bapa kepada anak-anaknya, serta tidak jauh daripada status kawan.
“Saya hanya mampu ketawa saja. Tak kot (rujuk). Cukuplah kami sekadar berkawan dan sama-sama menjaga anak-anak.
“Kalau boleh saya memang tak nak dikaitkan lagi dengan Syamsul. Cukuplah kami sekadar berkawan saja demi anak-anak.
“Dia pun (Syamsul) setakat ini memberikan komitmen yang baik untuk anak-anak. Dia tetap ada datang tengok anak sebab itu tanggungjawab dia,” katanya kepada Harian Metro.
Ketika disoal mengenai tanggapan netizen mengatakan rumah tangga Ira Kazar dan Syamsul dalam fasa perceraian itu sebagai satu kifarah, Puteri Sarah berkata dia tidak mahu masuk campur hal berkenaan.
“Saya tak nak komen tentang itu (isu cerai Syamsul dan Ira. Tak baik dan saya sebenanrnya tak nak juga ambil tahu. Ini kerana saya, keluarga dan mertua pun tahu mengenai perkara itu menerusi Instagram.
“Kami memang tak tahu apa-apa dan tak nak ambil tahu. Tapi sebagai keluarga, kita doakan saja yang terbaik untuk mereka berdua,” katanya.
Simpati dengan nasib menimpa bekas suaminya itu, Puteri Sarah bagaimanapun mendoakan yang terbaik buat Ira dan Syamsul.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Simpati dan saya mendoakan yang terbaik buat mereka kerana perkara ini memang tidak dijangka,” ujarnya.
Terdahulu, Syamsul memfailkan perceraian ke atas isterinya, Ira Kazar 19 Ogos lalu akibat tiada persefahaman.
Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Summayah, 5.
Artikel Berkaitan: Kes Saman Selesai… Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Mohon Maaf Kepada Puteri Sarah Secara Terbuka Depan Hakim
Artikel Berkaitan: Didakwa Jadi Biawak Hidup & Pergunakan Puteri Sarah, Andi Arsyil ‘Makan Hati’… Punca ‘Hilang’ Di TikTok Live – “Kos Semua Dia Yang Tanggung, Bukan Orang Yang Mengutuk Tu”
Sumber: Harian Metro