Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Puteri Sarah Mohon Syamsul Yusof Jangan Putar Belit Cerita – “Cukuplah Dengan Drama Play Victim Ni”

today12 January 2023

Background

Bagaikan tidak berkesudahan, kemelut rumah tangga antara Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof nampaknya masih berterusan sehingga ke hari ini apabila kedua-duanya saling berbalas kenyataan di media sosial.

Terbaru, pelakon drama rantaian popular Suri Hati, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, memuat naik hantaran terbaru menerusi Instagram Story (IGS) miliknya bagi menjawab kenyataan yang dikeluarkan oleh suaminya mengenai tindakan menyekat isteri pertamanya itu di aplikasi WhatsApp.

Menurut Sarah, dia tidak kisah Syamsul memutar belitkan cerita memandangkan dia nekad untuk dilepaskan selepas empat tahun bersabar, namun dalam masa yang sama dia tidak mahu pengarah terkenal itu tampil dengan isu sama kononnya Sarah yang minta untuk dilepaskan.

“Twist lah cerita selagi boleh, Tak apa lah, nak minta lepas pun. Haa, jangan lepasni twist lagi cerita ‘Sarah yang minta lepaskan sangat, saya tak nak,” katanya.

Sementara itu, aktres berkenaan juga memohon agar Syamsul berhenti ‘berlakon’ menjadi mangsa keadaan dalam konflik rumah tangga mereka.

“Cukuplah dengan drama ‘Play Victim’ dan blaming (menyalahkan), Selamat Malam,” tambahnya.

Terdahulu, Syamsul tampil menjelaskan punca kenapa dia menyekat isteri pertamanya itu menerusi aplikasi WhatsApp dengan alasan tidak mahu hubungan menjadi semakin keruh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

 

Untuk rekod, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dengan dua orang cahaya mata iaitu, Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 4.

Bagaimanapun, pada 6 Januari lalu, Syamsul tampil mendedahkan dia telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan bapanya yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Setuju Tak Kalau Saya Sondol Syamsul?” – Bagi Green Light, Puteri Sarah Restu Model Jadi Isteri Ketiga Syamsul Yusof

ARTIKEL BERKAITAN:“Ia Bukan Milik Saya!” – Isteri Muda Syamsul Yusof Dedah Lebih 20 Fake Akaun Guna Nama Ira Kazar

ARTIKEL BERKAITAN:“Malunya Syaikhul, Sumayyah Dapat Ayah Macam ni…” – Puteri Sarah Kecewa, Mohon Syamsul Fikir Kesan Pada Anak-Anak & Keluarga

ARTIKEL BERKAITAN:”Kena Ada Duit Sendiri” – Puteri Sarah Kemukakan Ciri-Ciri Seorang Wanita Hebat

Written by: Salma


Previous post