Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Puteri Sarah Sebak Lihat Gambar Anak Bersama Bapa & Datuk Yusof Haslam

today22 January 2024

Background

Perkongsian aktres Puteri Sarah Liyana menarik perhatian ramai di medis sosial, baru-baru ini.

Menerusi muat naik di Instagram (IG), Puteri Sarah berkongsi sebuah foto yang memaparkan anak lelakinya, Syaikhul bersama bapanya, Megat Kamarudin dan bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam.

Difahamkan foto tersebut diambil ketika Syaikhul menghadiri perlawanan bola sepak sekolahnya.

Puteri Sarah meluahkan rasa sebak apabila melihat foto tersebut, malah mengucapkan terima kasih buat bapa dan bapa mentuanya itu kerana menemani Syaikhul.

“Saya tak tahu mengapa tapi gambar ini buat saya sedih. Terima kasih baba dan papa @dyhaslam teman Syaikhul football match today,” tulisnya.

Tambah bekas isteri kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof itu, dia menyifatkan putera sulungnya itu bertuah kerana mendapat kasih sayang daripada kedua-dua datuknya.

“Syaikhul Islam, awak ada dua figura hebat yang akan menjaga dan sayang awak no matter what.

“Jangan lupa nanti balas jasa atuk-atuk awak @syaikhulsumayyahofficial,” pesannya.

Terdahulu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof, 39, melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

ARTIKEL BERKAITAN:Β [VIDEO] Comelnya! Syamsul Yusof Hadir β€˜Support’ Hari Sukan Syaikhul & Sumayyah

ARTIKEL BERKAITAN:Β Β Nama Dipetik Bakal Berkahwin Dengan Andi Arsyil, Puteri Sarah Titip Pesanan… Minta Individu Jangan Memandai-Mandai

ARTIKEL BERKAITAN:Β β€œDrama Lain I Tak Nak Tahu, Nak Kutuk Belakang Pun I Don’t Care!” – Puteri Sarah Minta β€˜Penipu’ Pulangkan RM26,000

ARTIKEL BERKAITAN:Β [VIDEO] Puteri Sarah Menangis Dikritik Gelaran Janda, Andi Arsyil Pujuk Beri Kata Semangat! – β€œTolong Jangan Hina, Buli..”

ARTIKEL BERKAITAN:Β β€œRamai Yang Tanya, Kenapa Asyik…” – Puteri Sarah Syukur Selesai Tunai Ibadah Umrah Seorang Diri

ARTIKEL BERKAITAN:Β Syaikhul Minta Lamborghini Kalau Nak β€˜Pikat’ Sumayyah, Gelagat Jebat Jayden Buat Ramai Terhibur! Noor Nabila & Puteri Sarah Pula Diusik Akan Jadi Besan

ARTIKEL BERKAITAN:Β [VIDEO] Comelnya! Hadir Majlis Graduasi Anak, Puteri Sarah Luah Rasa Bangga… Syaikhul Siap Jadi Imam Solat!

Written by: Aqilah


Previous post