Penyanyi sensasi, Bella Astillah mencuri perhatian selepas memuat naik tangkap layar perkongsian WhatsApp antara dirinya dan pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana.
Menerusi perkongsian tersebut, Bella meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada rakan baiknya itu kerana selalu memberikan kata-kata semangat dan sokongan terhadapnya dalam menjalani ujian rumah tangga.
“Thank you kesayanganku, sebab selalu beri semangat @Puterisarahliyana sayang kau,” tulisnya.
Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan di Instagram Story, Sarah kelihatan sempat menitipkan pesanan kepada Bella bahawa menangis itu tidak salah, namun menangis yang paling baik itu adalah apabila bangun dan menunaikan solat Tahajjud.
“Tak salah untuk kita menangis. Kita manusia. Aku pun menangis. Tapi menangis paling best apabila bangun Tahajjud. Mula-mula memang malas tapi lama-lama seronok,” kongsinya.
Dalam hantaran sama, Sarah juga berharap agar Bella memberikan masa selama satu bulan untuk dirinya menerima takdir yang diberikan Tuhan, sekaligus move on dan berhenti meratapi ujian yang menimpa hidupnya.
“Give yourself time. Sebulan? Sebulan tu nangislah setiap hari. After sebulan dah stop,”ulasnya.

Terdahulu, Puteri Sarah dan Bella kelihatan menyambut Hari Raya Aidil Adha bersama-sama selain hubungan mereka juga dilihat semakin akrab.
Malah, Sarah sempat memberikan ucapan kepada Bella agar mereka bersama-sama menikmati perjalanan yang telah ditentukan olehNya.
“Sama-sama kita nikmati perjalanannya,” katanya.
View this post on Instagram