
Kerajaan Selangor sudah mengemukakan laporan semakan siasatan insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, yang diperoleh daripada jawatankuasa bebas kepada kerajaan persekutuan, bulan lalu.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata langkah itu dilakukan, selepas jawatankuasa berkenaan membentangkan hasil laporan kepada kerajaan negeri.
“Dalam sekitar sebulan lepas, saya sudah kemukakan kepada kerajaan persekutuan (sekarang) tunggu maklum balas sahaja. Kalau ada maklum balas saya kemukakan (kepada orang awam),” katanya pada sidang media selepas merasmikan jerayawara siswa kita Selangor zon selatan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan laporan siasatan jawatankuasa itu.
Amirudin berkata, laporan berkenaan…