Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Putrajaya nafi pinggir negeri termiskin

today29 October 2026

Background


Akmal Nasrullah Nasir
Menteri Ekonomi Akmal Nasir berkata, dakwaan kononnya kerajaan persekutuan cuba pinggir sesetengah negeri adalah tidak berasas. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:

Kementerian Ekonomi menegaskan kerajaan tidak pernah meminggirkan negeri kurang maju dalam pengagihan perbelanjaan pembangunan persekutuan, menambah peruntukan tambahan disalurkan bagi melengkapi dana sedia ada kerajaan-kerajaan negeri berkenaan.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Nasir berkata, empat negeri pimpinan pembangkang – Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis, juga dikenali sebagai SG4 – menerima RM7.7 bilion perbelanjaan pembangunan persekutuan bagi 2025 untuk menampung peruntukan RM1.13 bilion yang disediakan kerajaan negeri masing-masing.

“Sebab kita melihat bahawa ada keperluan untuk merapatkan jurang pembangunan (antara negeri). Maka sebab itu, telahan yang mengatakan seolah-olah kerajaan persekutuan cuba menganaktirikan, mengetepikan pembangunan (negeri-negeri) ini, bagi saya tidak ada asas sama sekali.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dineskumar Ragu


Previous post