Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tindakan itu boleh dilakukan menerusi Akta Industri Perkhidmatan Air.

PETALING JAYA: Putrajaya tidak menolak kemungkinan melakukan rombakan atau mengambil alih Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), jika usaha menyelesaikan masalah air di negeri itu tidak berhasil dan gagal mendapat kerjasama, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Katanya, tindakan itu boleh dilakukan menerusi Akta Industri Perkhidmatan Air (Wasia).
“Susulan pertemuan antara kerajaan Sabah, Kelantan dengan kerajaan perpaduan, kami melihat beberapa projek yang perlu diberi keutamaan dan akan ada projek jangka pendek dan sederhana yang akan dilakukan bagi keperluan mendesak.
“Namun, pilihan untuk merombak AKSB kita tidak menolak kerana Tuan Ibrahim…
