“Mohon maaf, bapa Putri Ariani baharu maklumkan yang anaknya tidak akan turun (daripada bilik penginapan hotel) bertemu media untuk menyambung semula sesi temu bual yang tertangguh sebentar tadi.
“Maaf, kepada pihak media semua yang terpaksa menunggu hampir dua jam,” katanya kepada Harian Metro.
Wakil penganjur berjanji kepada media untuk membawa kembali Putri Ariani bertemu media yang tertangguh berikutan konsert bersama Alan Walker itu bakal berlangsung pada 22 Jun depan.Â
Pihak media tempatan tidak berpuas hati kerana tindakan tidak profesional Putri Ariani itu dikatakan membuang masa.