Site icon Hot FM

Qari, qariah Malaysia johan tilawah antarabangsa


Muhammad Husaini Mahmur dan Nor Hidayah Abdul Rahman
Muhammad Husaini Mahmur dan Nor Hidayah Abdul Rahman bergambar bersama piala masing-masing selepas muncul johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-64. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Qari dan qariah Malaysia dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran bagi kategori masing-masing pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-64 malam tadi.

Muhammad Husaini Mahmur diumumkan sebagai pemenang dalam kategori qari selepas meraih markah 95.71% manakala Abdur Rasheed dari Pakistan di tempat kedua (93.59%) dan di tempat ketiga ialah Wahyu Andi Saputra dari Indonesia (92.09%).

Bagi kategori qariah pula, Nor Hidayah Abdul Rahman muncul johan selepas mencatatkan markah 91.76% diikuti peserta Filipina Raihana Ambangaladi tempat kedua (90.26%) manakala Syamimi Assahira dari Indonesia di tempat ketiga (89.46%).

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan hadiah kepada pemenang dalam kategori qari…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version