PETALING JAYA: QSR Brands, pengendali rangkaian restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken berkata ia mengambil ‘langkah proaktif’ dengan menutup sementara cawangan untuk menguruskan kos perniagaan yang semakin meningkat.
QSR Brands berkata pekerja daripada cawangan terjejas ditawarkan peluang untuk berpindah ke cawangan yang lebih sibuk.
“Ia juga sebahagian daripada strategi taktikal untuk mengoptimumkan sumber,” katanya dalam kenyataan.
Ia tidak menyatakan bilangan cawangan KFC yang ditutup.
Awal hari ini, Nanyang Siang Pau melaporkan lebih 10% cawangan KFC menghentikan operasi, dengan sejumlah 108 kedai ditutup buat sementara waktu setakat 27 April, berdasarkan maklumat di Google Maps.
Peta memaparkan kedai yang kemas kini statusnya dengan “ditutup buat sementara waktu”.
Menurut akhbar harian Cina itu, terdapat sehingga 21 cawangan di…