Pelakon Que Haidar meluahkan rasa terkilan apabila segelintir pihak memberikan komen negatif terhadap tindakannya menayangkan bentuk badan setelah berusaha keras membinanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Que Haidar ‘Laku Keras’ Gara-Gara Fenomena Jamilah – ’16 Tahun Saya Memperlahankan Kerjaya Seni’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jamilah, Jangan Lari..Saya Cari Awak’ – Que Haidar
‘Jangan kondem’

Menerusi siaran langsung, pemilik nama Tengku Iskhan Sha Tengku Haidar, 46, berkata orang ramai sepatutnya memberi sokongan terhadap usahanya dan bukannya mengkritik tindakannya.
Kalian jangan kondem terus. Bila nampak orang tengah usaha, bagi semangat. Contoh macam saya buat badan.
Saya bangga dengan kerja keras saya. Saya bersungguh-sungguh buat badan selama tiga bulan tiba-tiba ada orang yang dah lama buat badan tegur cakap saya ‘budak-budak baru nak up (BBNU), baru buat badan nak berlagak’.
Patutnya orang-orang lama ini beri sokongan kepada saya bukannya terus kondem…