Rafizi Ramli berkata beliau dan Mustapa Mohamed ada banyak persamaan kerana mempunyai latihan profesional dalam bidang ekonomi dan kewangan.

PETALING JAYA: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berharap bekas menteri daripada Bersatu, Mustapa Mohamed diberi ruang untuk membantunya dalam perkara melibatkan kementerian, seperti usaha membasmi kemiskinan dan melestarikan ekonomi.
“Saya berbesar hati agar Tok Pa (Mustapa) terus mendapat ruang untuk menyumbang khidmatnya (walau dalam persaraan) dalam perkara-perkara di bawah Kementerian Ekonomi yang rapat dengan hatinya.
“… seperti pembasmian kemiskinan dan meningkatkan kelestarian ekonomi menepati sasaran pembangunan lestari (SDG),” katanya di Facebook.
Beliau turut memuat naik gambar bersama Tok Pa ketika bekas Ahli Parlimen Jeli itu berkunjung ke pejabat “lamanya” pada…
