
KUALA LUMPUR: Seorang menteri Kabinet menggelar Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli sebagai “insan ajaib” susulan kemampuannya meramal bila sebenarnya pilihan raya akan berlaku, selain muncul “enam hingga 12 bulan” sebelum ia diadakan.
Menteri Sumber Manusia, M Saravanan, berkata laporan bahawa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan membubarkan Parlimen dalam masa terdekat dan mengadakan PRU ketika musim banjir hanya “drama politik” dimainkan Rafizi.
“Siapa cakap PRU pada musim banjir? Setakat ini tiada siapa kata PRU pada musim banjir.
“Bubar Parlimen waktu banjir ini adalah drama politik oleh seorang ‘insan ajaib’ yang dikenali sebagai Rafizi, yang mana akan muncul 6 hingga 12 bulan sebelum PRU. Selepas itu dia akan hilang.
“Kalau…