Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rafizi jelas mengapa PH tukar pendirian mengenai Lynas

today1 October 2024

Background


rafizi ramli
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menjelaskan, PH membantah kehadiran Lynas sebelum ini kerana Malaysia dijadikan tempat pembuangan produk sampingan sisa.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli cuba menjelaskan perubahan pendirian Pakatan Harapan (PH) berhubung penerusan operasi syarikat perlombongan nadir bumi Australia, Lynas Corporation di Malaysia.

Rafizi berkata, PH membantah kehadiran Lynas sebelum ini kerana Malaysia dijadikan tempat pembuangan produk sampingan sisa.

Katanya, syarikat itu membawa masuk bahan mentah dari Australia untuk diproses, dan bahan diproses dihantar balik manakala produk sampingan sisa disimpan di Malaysia.

“Dulu, (Malaysia) jadi tempat buangan dan tambah nilai (daripada pelaburan Lynas) sedikit sahaja,” katanya dalam episod terbaru audio siar, Yang Bakar Menteri.

Menurutnya, sebelum PH mentadbir sebagai kerajaan persekutuan, tiada pemetaan mineral mengenai potensi nadir bumi mahupun sebarang permintaan untuk mineral tersebut.

“Pada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post