
PETALING JAYA: Tidak lama selepas diumumkan sebagai ketua PKR Wilayah Persekutuan, timbalan presiden, Rafizi Ramli, turut dilantik sebagai ketua PKR Johor.
Presiden PKR Anwar Ibrahim, berkata semua ketua bahagian Johor bersetuju dengan pelantikan bekas Ahli Parlimen Pandan itu menerajui negeri itu.
“Semua ketua bahagian negeri Johor bersetuju dengan pelantikan saudara Rafizi Ramli sebagai ketua PKR Johor,” katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, Anwar berkata, Naib Presiden PKR Amirudin Harun, kembali dilantik sebagai ketua PKR Negeri Sembilan.
Terdahulu, ketua pembangkang itu mengumumkan pelantikan semula Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, mengetuai PKR negeri.