
PETALING JAYA: Kedudukan Rafizi Ramli di Parlimen Pandan dikatakan ‘paling selamat’ berbanding pemimpin PKR lain sekiranya 80% undi Barisan Nasional beralih ke Perikatan Nasional, menurut pempengaruh yang dikenali sebagai “Lim Sian See”.
Dalam ramalan berdasarkan kajian oleh Ong Kian Ming dari DAP, Lim berkata Anwar Ibrahim dan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, boleh kalah di kerusi masing-masing sekiranya pilihan raya diadakan sekarang.
Kajian Ong mendapati empat daripada lima orang pengundi Melayu di kawasan yang ditandingi DAP dan menyokong BN beralih kepada PN pada PRN enam negeri Ogos lalu.
Mengulas dapatan itu, Lim berkata PKR berdepan risiko kehilangan banyak kerusi Parlimen sekiranya PRU diadakan sekarang.
“Prestasi PKR pada PRU15 sebenarnya tidak begitu baik. PKR hilang 34% daripada kerusi mereka. Jumlah kerusi turun…