
KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pertahan keputusan melaksanakan dasar gaji progresif bersifat sukarela, serta menegaskan ia bukan kerana respons negatif mahupun lobi.
Sebaliknya, kerajaan percaya ekonomi negara tidak akan dapat menanggung kos berkaitan jika dasar gaji progresif diwajibkan, memandangkan 97% perniagaan terdiri daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana.
“Saya perlu akui, pada awalnya terdapat sedikit kebimbangan dalam kalangan majikan kerana mereka bergelut dengan gaji minimum. Ia telah menaikkan kos,” katanya pada sidang media di Parlimen.
“Mereka bimbang satu lagi kenaikan gaji mandatori akan menghapuskan daya saing.”
Rafizi berkata, majikan terima baik pendekatan bersifat sukarela, selain insentif kerajaan dan komitmen pada meningkatkan kemahiran secara berstruktur bagi meningkatkan produktiviti.
“Kerajaan harus pastikan apa yang…